Sunday, January 9, 2011

Tenggelam Timbul Semula

"Uihhh....lamanya aku tenggelam, last sekali posting bulan Julai tahun 2010" Alladeen mula bersuara buat pertama kalinya di tahun 2011.

 "Kau pergi mana hahh..." Tiba-tiba Jin pakai toncet bertanya dari dalam teko cap junjung yang di dibawanya bersama dalam beg galas.

"Aikk...kan kau bersama dengan aku, tentulah kau tau"

"Mana la aku tau mana kau pergi...tu la, kan elok kau bukak akaun facebook ke, twitter ke, blogspot ke, dapat la aku follow up"

"kena macam tu ke???"

"Ehh...mesti la, sekarang ni zaman teknologi, kena ikut trend semasa, kalau tak akan ketinggalan"

"Tapi kau dalam teko buruk, camana nak tau perkembangan luar, lagi pun kau mana ada komputer, internet, broadband tu semua"

"Aku Jin la, bukannya katak bawah tempurung, bila-bila masa je aku boleh keluar dari teko ni. Setakat internet yang pakai gelombang elektromagnet, semua tu dunia aku, dunia jin, dunia atas angin, dunia yang tak nampak dengan mata kasar tapi aku boleh nampak yang orang tak boleh nak nampak sangat".

"Sekarang kau tengok, sebab aku tak dapat follow kau le kau hampir-hampir tersesat jalan. Tenggelam entah ke mana. Sekurang-kurangnya kalau aku boleh follow kau, kau pun boleh follow aku, tanya aku kalau ada masalah".

"Sekarang tengok, jauh dah kau mengembara hampir-hampir tersesat jalan, silap hari bulan tenggelam. Nasib baik aku jenguk keluar balik untuk selamatkan keadaan. Tu la, aku suruh minum kopi tongkat Ali ngan kismis minda kau tak nak" Jin mengingatkan balik cerita al-kisah nya sebelum ni.

"Betul tu, betul, aku dah ON balik Alladeen.blogspot ni, aku tau aku salah, bila aku follow balik blog ni sebenarnya ia sangat berguna. Sebab aku boleh cipta cerita loyarburuk yang ada maknanya walaupun orang lain tak suka dan mungkin menyampah membaca cerita lawak bodo dalam dunia Alladeen ni, kihkihkih....." Alladeen mengakui kesilapannya.

Memang benar, dalam usaha kita menyatakan apa yang betul dan benar tak boleh terlalu skema. Lagipun orang memang tak suka sangat dengan orang yang skema ni. Membaca skrip yang orang lain tulis dan menyemak pun pakai skema jawapan yang dah tersedia. Kan elok buat cerita dalam bentuk hikayat 1001 malam yang hanya pada waktu tengah malam saja idea cerita-cerita ni akan timbul.

Jadi, Jin pun bagilah peringatan seterusnya kepada Alladeen yang mudah lupa daratan ni bila dah lama sangat berada di lautan yang luas menyelam mencari mutiara dan minyak mentah petroleum.

"Ok... sekarang dah tahun 2011, tak lama lagi tahun 2012 tahun dunia nak kiamat menurut dongeng orang putih yang mengalahkan Nabi sampai boleh tau tarikh tepat hari kiamat ni. Jadi, kalau kau nak sentiasa timbul kena naik ke atas ambik nafas. Kalau menyelam nanti jangan lupa minum air, menyelam sambil minum air, ia boleh menghilangkan haus keletihan".

"Apa pulak kena mengena dengan kiamat 2012 dan menyelam sambil minum air ni?" Alladeen kehairanan.

"Rupanya masih bebal kau ni ye Alladeen, kiamat 2012 tu temberang orang barat nak perbodohkan kau, diaorang tu sengaja nak rosakkan iman kau jadi kena hati-hati jangan sampai tersesat oleh fahaman-fahaman mengarut dari barat yang dibawa oleh orang-orang kita sendiri. Menyelam sambil minum air, kalau nak buat sesuatu kena pertimbangkan jugak kalau-kalau boleh buat sesuatu yang bermanfaat dalam masa yang sama. Jadi, dalam satu masa tu boleh buat 2-3 kerja" Jin pakai toncet menjelaskan persoalan yang menjadi kebebalan Alladeen berkenaan.

"Aku paham dah, sebenar aku dah buat, kalau aku post artikel baru tajuk post tu pada masa yang sama akan di twitt dan seterusnya juga akan di share dalam fb".

"Tau tak pe, sebenarnya kau ni pandai sebenarnya, cuma kadang-kadang kepandaianmu tu jarang ditonjolkan"

"Aku saja je tak nak tonjolkan diri, tak nak glamer la katakan, biarlah aku tenggelam di dasar lautan menjadi mutiara dan bila nak timbul aku akan naik setinggi langit mencapai bintang".

"poooraa chittt" sambil Jin mencebir lidahnya ke arah Alladeen.

....to be continued

No comments:

Post a Comment