Thursday, February 25, 2010

Al-Kisah

Suatu masa dulu ada sorang pemuda yang sedang mengembara, semasa dalam perjalanan dia terjumpa satu 'teko teh'. Akibat berdebu lebuhraya PLUS maka digosoknya lah, tiba-tiba keluar lah sekor jin pakai toncet lalu berkata :

'Hohoho...wahai orang muda, apa kau nak hah? Hari panas camni pun nak ganggu aku tido, potong stim tul..'

Melihat jin yang janggutnya macam Osama bin Laden tu, pemuda tersebut terkejut lalu terduduk. Dia tergamam seketika. Memikirkan apa yang dia nak minta lalu teringatlah dia tentang kisah Aladin di padang pasir lantas dia gagahkan diri meminta sesuatu, mana tau kot-kot jin pakai toncet tu macam jin dalam cerita Aladin tu jugak :

'Wahai jin, apa kata kalau aku mintak jadi kuat boleh kah?'

'Kau nak kuat ye...bolehhh', jawab jin tu.

Tanpa membuang masa lagi jin tu pun buat magic lalu berteraburlah bungkusan apa entah, sekali tengok macam tongkat ali segera je. Tengok lagi sekali, ada jugak macam kismis minda. Pemuda tu tak puas hati lalu komplen :

'Apa ni jin, aku bukannya nak kuat tenaga batin maupun kuat hafal formula matematik, yang kau bagi aku benda semua tu buat ape? Aku nak kuat macam Badang ke, Bruce Lee ke, ataupun kau bagi je senapang lazer boleh aku tembak orang jahat yang pura-pura baik.'

Jin terkejut dengan komplen mengarut pemuda tu lantas ia pun menjawab :

'Memang sah kau ni bebal, kalau kau kuat tenaga batin maka kau pun kuat tenaga fizikal. Kekuatan luaran bermula dari dalam diri sendiri. Sebab aku tau kau ni bebal maka aku bagi kau kismis minda supaya akal kau cerdik pandai berfikir. Senapang lazer aku tak boleh bagi nanti kau bunuh orang sapa nak jawab. Aku juga kena tangkap sebab bersubahat. Kalau mulut lazer aku boleh bagi lah, kau tembak orang tapi tak mati, sakit hati ada le. Tapi bila aku dah bagi kau tongkat ali ngan kismis minda tau-tau le kau guna mulut lazer tu dengan baik, jangan main tembak je. Nanti orang tembak kau balik dan mereka lagi kuat dari kau, kan naya...'

Mendengar penjelasan jin tu, pemuda berkenaan menggaru kepala tandanya konpius. Tak lama kemudian, jin tu pun masuk kembali ke dalam teko teh tersebut. Disebabkan masih konpius pemuda tersebut cuba menggosok semula teko itu. Tapi jin tu tak keluar-keluar jugak. Akhirnya, pemuda itu pun meneruskan pengembaraannya setelah mengumpul semua bungkusan-bungkusan yang diberikan oleh jin itu.

'Aaahhh..,makan je le, mana tau kot-kot betul apa yang jin tu cakap. Almaklum je la, sekarang zaman bioteknologi...nak kalahkan musuh pun pakai teknologi maklumat je. Bukannya macam zaman Aladin dulu-dulu'.

Begitulah alkisahnya Alladeen yang kerjanya sentiasa mengembara baik secara fizikal, maya maupun fikiran. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Sekarang nak mengembara pun kena buat gambaran akal dulu baru tau apa nak buat dan dapat jangka apa yang bakal berlaku.

Sejak mengikut petua jin itulah maka Alladeen kini faham apa itu erti kehidupan, satu pengembaraan jauh menuju ke destinasi akhir yang penuh pancaroba. Kalau tak kuat batin dan fizikal, kalau tak kuat akal pemikiran yang cerdas dan kalau tak tau jaga mulut bercakap pun tak berkias, maka senang-senang je kita ni kena baham jerung besar yang kebal, tebal dan adakalanya bebal. Huhuhuhu...

Selamat datang ke dunia pengembaraan Alladeen. Satu lagi karya seni terbaru artmywork. Ahakzzzz....

1 comment:

  1. Testing 123...perjalanan yang jauh bermula dgn langkah pertama.

    ReplyDelete