Sunday, July 18, 2010

Takdirnya Sudah Begitu

Aku ada satu cerita, ini bukan fitnah dajjal cerita yang direka-reka, tapi cerita yang betul-betul berdasarkan hikayat zaman dulu kala. Kenapa ekk....orang barat ataupun orang eropah ngan yahudi ni pintar-pintar dan banyak mencipta perkara baru. Manakala orang timur macam kita ni atau orang Jepun banyak meniru dan terikut-ikut.

Berdasarkan kajian sejarah....sebelum tu nak bagitau la sikit dulu aku masa SPM dapat gred 2 subjek Sejarah nyaris-nyaris nak dapat 1. Kemudian masa STPM plak dapat subsidiari B, pun nyaris-nyaris jugak dapat A. Entah di mana silapnya aku pun tak tau. Sejarah ni memang subjek favourite aku sebabnya dengan sejarah kita boleh mengetahui tentang masa depan.

Ini bukan bidaah atau ajaran sesat kerana boleh meramal masa depan, ini berkenaan mengetahui kronologi perjalanan sejarah tamadun-tamadun awal seperti Rom dan Yunani ataupun lebih awal dari itu tentang kisah orang yahudi bersama Nabi dan Rasul yang membimbing mereka supaya menggunakan kebijaksanaan mereka ke arah jalan yang betul.

Apa yang berlaku pada hari ini dan apa yang kita lihat dalam TV sehari-hari pasal kemajuan barat ni merupakan lanjutan kepada tamadun-tamadun mereka yang lalu. Mereka pernah melalui zaman gelap, zaman kejahilan sebelum era Renaissance atau era perindustrian. Orang barat dan yahudi lebih dahulu maju dari mana-mana bangsa di dunia dalam setiap zaman. Dan dari kalangan mereka juga lah kitab-kitab suci dan para nabi diturunkan untuk membimbing dan memberi petunjuk kepada mereka.

Tak hairanlah kenapa mereka pada hari ini lebih maju dari segi fizikal dalam bidang sains dan teknologi berbanding bangsa-bangsa lain yang hanya jadi pengikut, penciplak dan pengguna hasil ciptaan serta idea mereka. Kenapa mereka maju? Sebab mereka mengkaji al-Quran. Kenapa Rasul terakhir tidak diutus dari kalangan bangsa mereka sendiri? Sebab hendak menguji mereka sama ada mau mengikut atau tidak ajaran yang disampaikannya. Ini ada kaitan dengan akhir zaman di mana mereka mempelajari "mukjizat" yang terkandung dalam al-Quran tetapi menolak ajaran dan teladan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Malangnya, kita sebagai bangsa bukan barat dan yahudi ni masih lagi dengan mentaliti suka meniru dan terikut-ikut, tidak tau berfikir sendiri menggunakan akal yang dianugerah Allah. Kita ikut saja apa yang dibuat oleh barat, kita percaya apa yang disampaikan oleh mereka. Tetapi kita tidak berfikir pun untuk mengkaji al-Quran dan sejarah ketamadunan manusia dari seawal-awal manusia bernama Adam sehinggalah ke era manusia hidup di akhir zaman. Tidak ramai antara kita yang cemerlang dalam sejarah, maka mereka tidak berapa tahu tentang kisah penjajahan, imperialisme, perang salib, zaman khulafa ar-rasyidin, ketamadunan India dan China, kemunculan Jepun, Perang dunia dan sebagainya.

Sejarah-sejarah ini adalah satu rentetan takdir yang sudah tertulis namun dalam takdir yang sudah ditentukan begitu setiap orang itu masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Takdir itu adalah satu ujian, barangsiapa yang dapat berhadapan dengan takdir itu dengan kekuatan akal fikiran serta tenaga tulang empat keratnya untuk memperbaiki diri maka terlepaslah dia dari takdir itu. Sesuatu peristiwa itu akan tetap berlaku sebagaimana yang telah dibuktikan oleh sejarah.

Sejarah tidak pernah menipu kita. Sesiapa yang mengkaji sejarah maka dia boleh mengetahui apa yang bakal berlaku di masa depan dan siapa yang akan tewas dalam ujian takdir yang telah ditentukan sebagaimana takdir yang telah ditetapkan terhadap umat-umat manusia terdahulu sebelum kita.

Ya, sejarah memang satu subjek yang boring bagi kebanyakan orang sebab banyak fakta yang nak dihafal dan diingat. Tapi harus dibagitau, aku belajar sejarah bukan sekadar untuk lulus periksa tapi belajar sejarah kerana aku seorang manusia yang sama seperti manusia zaman dahulu dan zaman akan datang. Jika aku mengulangi kesilapan orang-orang dahulu maka rugilah aku dan gelaplah masa depan aku.

Gelap di sini bukan sebab tak dapat jadi doktor, jurutera dan sebagainya, gelap maknanya penyesalan yang tak berkesudahan apabila setelah mati barulah tahu apa kisah sebenarnya yang berlaku semasa masih di dunia dahulu. Bukankah lebih baik tahu dahulu semasa masih hidup di dunia kemudian dapat perbaiki diri, daripada hanya tahu selepas mati tapi akibat dosa di dunia, disiksa dan dihukum di hari pembalasan dalam satu jangkamasa waktu tertentu ataupun selama-lamanya disiksa hinggalah berlaku satu ketetapan baru oleh Nya.

Hanya Allah SWT lebih Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment